design

Thursday, April 3, 2014

Baju bertunang.

Assalamualaikum readers,
entri kali ni adalah mengenai baju bertunang saya. Baju tunang saya simple je. Warna Gold muda. eh betul ke? lebih kurang la...hehe.. kain untuk baju ni, saya beli time bulan puasa tahun lepas kalau tak salah. Actually, tak berniat pn nk cari baju tunang.. Kebetulan time tu pegi kedai kain yang ada sale. Then mama saya berkenan kat color baju tu. Kain lace and satin. Harga asal RM75, tp lps sale RM53.
Upah jahit, tak perlu...Sebab mama yang jahit.hehe... Kami bertungkus lumus menjahit manik dan labuci. Rupanya bukan kerja yang senang apatah lg tahap amatuer macam kami..hehe.. And belanja beli manik and labuci pn boleh tahan mahalnya.. Patutla upah jahit benda ni agak lumayan..hehe
Jom view baju tunang saya

Baju kurung moden sepasang


Baju

Labuci dan manik

perincian

Perincian tangan

With veil and selendang halfmoon


Halfmoon design sendiri




Hantaran

Assalamualaikum readers....entri kali ni adalah mengenai hantaran tunang. Kalau ikut beberapa adat di Sabah, ketika bertunang tu la, segala hantaran akan di beri. Termasuk cincin. So, kami pn ikut la adat di tempat kami. kami decide hantaran 7 berbalas 9. 7 dari pihak lelaki, dan 9 dari pihak perempuan. Tempoh masa menjejaki segala keperluan, lebih kurang 2 bulan... agak lama sebab kami masing2 sibuk bekerja dan jarak tempat yang boleh tahan jauhnya...huhuhu..
Rupanya bershopping barang hantaran ini agak susah rupanya...bukan seperti membeli sayur di pasar. (Ada kaitan ker)...hehe.. Ini di sebabkan kecerewetan kedua2 pihak memilih barang yang berkenan di hati. Kena plak 'cik Fiza' ni agak cerewet kalau beli benda2 mahal... mesti la kan... even u olls kata, sekali jer seumur hidup...tp barang yg tidak berbaloi itu sudah masuk kategori membazir kann??..hehe
'Encik Khairil' saya ni pn, boleh tahan jgk cerewetnya...pilih jam tangan pn, dh 3 shopping complex kami mencari...sungguh tabah diri ini..hehe.
Semua hantaran ini di sediakan dan d kreatifkan oleh mama, saya and along... mengikut suka hati sendiri saja..hehe..actually, tema kitaorang, Gold vs Silver. Saya bg sebelah lelaki, warna Gold and dia akan balas silver..tp kalau d tengok dari hasilnya, tak ikut tema pn...hehe..hantam je la labu....

Hantaran untuk pihak lelaki :

1)

Jam tangan 
2)
Wallet dan Tali Pinggang

3)
Al-Quran and Sejadah



4) 
Set penjagaan badan
5)
Kain Baju Melayu

6)

Kain Pelikat
7)
Coklat manisan


8) Cheese Kek
9) Buah-buahan












Wednesday, April 2, 2014

Bermulanya sebuah ceritera....

Assalamualaikum.... dear readers,
selamat datang and selamat berkenalan...my name 'cik Fiza'...nama panggilan jer...hehe. saya tak tau pulak wujudnya community B2B dalam blog..mula2 dok fikir, apa ke bendanya B2B..time blaja d U dulu, B2B means business to business...hehe..rupanya Bride to Be...hohoho...baru saya tau...ye la, jarang nk berblogging ni...blog sya yg satu lagi tu, ntah brapa kurun tak berupdate...kih3
di blog ini, saya akan berkongsi cerita, pengalaman dan tips menjelang hari bahagia...semasa blog ini di tulis, tarikh pernikahan kami, belum lagi di putuskan... tp insya Allah akan di jalankan tahun ini jgk..mungkin bulan November...
kami telah bertunang pada 15 October 2013, bersama 10 Zulhijjah 2134H.Alhamdulillah, majlis berjalan dgn lancar dengan di hadiri keluarga kedua2 pihak. Majlis berlansung di rumah kami, di Sipitang. and family lelaki datang dari Papar.. kalau tak tau Sipitang and Papar tu terletak di mana, sila tanya pakcik Google.. yang penting, ia terletak di Sabah. hehe

'Encik Khairil' & 'Cik Fiza' engagementday